Aquasprite Theme Demo

Mangsa FAM

Wednesday, November 11, 2009 , Posted by apih05 at 4:44 PM


TAN SRI ANNUAR MUSA


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus menjadi mangsa denda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Selepas satu, satu masalah timbul dan akibatnya Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa tak lena tidur.

Penyokong punya pasal, KAFA yang kena tanggung dan yang pasti, kantong mereka tidak akan kukuh bagi menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh peminat setia skuad The Red Warriors itu.

Mungkin penyokong Kelantan perlu berganding bahu dengan KAFA untuk mengatasi masalah denda ini dengan menghulurkan sedikit bantuan kewangan serta berjanji mendisiplinkan diri ketika menyaksikan perlawanan.

Semalam, KAFA didenda RM50,000 oleh FAM ekoran keganasan yang dicetuskan oleh penyokong mereka pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Menyedari kesulitan yang dialami oleh KAFA, FAM sekadar mengenakan denda minimum yang serba sedikit melegakan persatuan dari pantai timur itu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Mohd. Taufik Abd. Razak berkata, denda tersebut merangkumi tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap KAFA berhubung insiden yang berlaku sepanjang perlawanan tersebut.

“Bagi kesalahan pertama, penyokong Kelantan telah membaling bunga api, objek dan mercun ke arah padang. KAFA didapati bersalah dan didenda RM5,000.

“Kesalahan kedua, objek yang dibaling penyokong Kelantan telah mencederakan pegawai pertandingan. KAFA didapati bersalah dan didenda RM20,000.

“Manakala kesalahan ketiga pula, penyokong Kelantan telah merosakkan harta benda stadium seperti kerusi dan pintu pagar. KAFA didapati bersalah dan didenda RM25,000,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Kelana Jaya petang semalam.

Ditanya mengapa KAFA hanya dikenakan denda minimum bagi semua kesalahan tersebut, Mohd. Taufik berkata, ia mengambil kira faktor bahawa kejadian tersebut hanya melibatkan segelintir penyokong Kelantan dan perlawanan tersebut pula dianjurkan oleh FAM.

“Pihak jawatankuasa tidak bersikap dendam walaupun banyak kes disiplin tahun ini melibatkan penyokong Kelantan. Kita rujuk mengikut satu kes ke satu kes.

“Tentang keselamatan pintu masuk stadium pula, tak boleh salahkan pihak keselamatan. Jumlah 1,600 anggota itu sudah ramai tapi jika penyokong itu sendiri tiada jati diri dan disiplin, mereka tetap berusaha cuba menyeludup barang terlarang ini,” jelasnya.

KAFA akan diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap denda RM50,000 itu yang berkuat kuasa semalam.

Annuar ketika dihubungi Kosmo! semalam enggan mengulas lanjut tetapi akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment