Aquasprite Theme Demo

Gara-gara Stadium Nasional dirosakkan penyokong Kelantan - 'FAM kena bayar ganti rugi'

Tuesday, November 10, 2009 , Posted by apih05 at 4:41 PM

Gara-gara Stadium Nasional dirosakkan penyokong Kelantan - 'FAM kena bayar ganti rugi'

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my


"PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kena bayar. Mereka penyewa."
Demikian tegas Pengurus Besar Kompleks Sukan Negara, Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim semalam berkenaan kerugian yang dialami Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Menurutnya, secara asasnya kerugian atas kerosakan di stadium berkenaan perlu dibayar oleh pihak penyewa bagi perlawanan tersebut iaitu FAM.

Jumlah kerugian kerosakan fasi- liti di Stadium Nasional akibat tinda- kan ganas dan tidak bertamadun penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009, Sabtu lalu dianggarkan berjumlah RM214,000.

"Semalam (kelmarin) pihak stadium bersama wakil dari FAM telah melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk menilai segala kerosakan yang berlaku.

Hari ini (semalam) pula kita telah mengadakan perbincangan dengan FAM dan menyatakan berapa jumlah kerugian yang mereka perlu bayar yang dianggarkan berjumlah RM214,000," katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya semalam.

WAN NOR AZINAH ZANIBY

Namun, memandangkan sudah jelas dan nyata segala kerosakan itu dilakukan oleh penyokong Kelantan, maka FAM berkemungkinan besar akan mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dengan jumlah RM214,000 itu bagi menampung kos ganti rugi kepada pihak stadium.

Ketika diminta menjelaskan secara terperinci kos untuk memperbaiki kerosakan-kerosakan itu, Wan Nor Azinah berkata, RM112,000 diperlukan untuk membeli 224 unit kerusi baru dengan harga setiap set bernilai RM500.

"Sebanyak 16 set kerusi terbakar, 205 set kerusi rosak manakala tiga set kerusi didapati telah tumbang.

"Bagi pagar stadium pula, kita memerlukan RM15,000 untuk memperbaiki Gate Kuning (RM5,000), Gate Merah (RM5,000) dan selak pagar yang patah (RM5,000).

"Lain-lain kos ialah sebanyak RM60,000 untuk memperbaiki trek yang terbakar akibat balingan mercun dan RM27,000 untuk memperbaiki tandas merangkumi kerosakan kepala paip, mangkuk tandas dan sinki," jelasnya.


Wan Nor Azinah menegaskan, penyokong Kelantan tidak sepatutnya menyalahkan kawalan keselamatan di stadium yang longgar sebagai punca kejadian tersebut memandangkan polis telah menempatkan sejumlah anggotanya yang ramai untuk perlawanan tersebut.

"Semua ini berbalik kepada budaya gemar menjahamankan harta benda awam. Ini tidak baik dan pe- nyokong sepatutnya perlu ada sema- ngat kesukanan. Menang atau kalah, kena terima seadanya.

"Saya harap kejadian seperti ini tidak berulang. Stadium ini harta rakyat, guna duit rakyat. Ini pertama kali kita terpaksa membaiki kerosakan sebegini teruk," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2011 semalam memberitahu bahawa Jawatankuasa Tatatertib FAM akan bersidang petang ini bagi menentukan bentuk hukuman yang bakal diterima Kafa berhubung insiden tersebut.

Begitupun, beliau enggan mengulas mengenai pembayaran ke atas kerugian yang dialami Stadium Nasional.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment