Aquasprite Theme Demo

Undian seimbang

Saturday, August 7, 2010 , Posted by apih05 at 7:05 PM



PELUMBA Australia, Lachlan Norris dengan gaya tersendiri ketika meraikan kejayaan menjuarai saingan elit lelaki pada perlumbaan Merentas Desa OlimpikCabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi, semalam.


PETALING JAYA – Sukar untuk meramalkan siapa yang paling layak untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia tahun ini selepas semua pasukan utama menerima undian seimbang pada majlis undian yang diadakan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya, semalam.

Bagaimanapun empat pasukan pilihan Selangor, Kelantan, Terengganu dan Johor FC dilihat mempunyai peluang untuk mara ke pusingan suku akhir jika dapat mengekalkan rentak terbaik mereka seperti di saingan Liga Super yang berakhir Selasa lalu.

Selangor yang merupakan juara Liga Super, diundi dalam Kumpulan D bersama T-Team, Perlis dan juara Liga Perdana, Felda United, manakala Kelantan menghuni Kumpulan A bersama Negeri Sembilan, KL Plus dan PKNS.

Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim bakal bertemu pasukan jiran Pantai Timur, Pahang dan dua pasukan daripada Liga Perdana, Kuala Lumpur dan Sabah.

Sementara itu Johor FC bakal melayan dua pasukan utara, Kedah dan Perak dalam Kumpulan C, sambil Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melengkapkan kumpulan tersebut

Majlis undian diterajui oleh Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Penolong jurulatih Selangor, P. Maniam berkata, pasukannya mesti mencatat kemenangan bagi perlawanan di tempat sendiri jika bercita-cita untuk mara ke suku akhir kerana semua pasukan mempunyai kekuatan tersendiri.

“Tidak ada pasukan yang boleh dipandang mudah, Felda United juga telah membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang bagus musim ini selepas muncul juara Liga Perdana. Walaupun kami dilihat mempunyai peluang untuk ke suku akhir tetapi kalau boleh kami mahu muncul juara kumpulan,” katanya ketika ditemui selepas majlis undian semalam.

Ditanya mengenai ramalan perlawanan suku akhir di mana mereka mungkin bertemu Kelantan, Maniam berkata, Selangor lebih rela bertemu naib juara Liga Super itu lebih awal untuk mengelak bertemu di separuh akhir.

Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia akan bermula pada 14 September, manakala perlawanan akhir diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Oktober.

sumber:utusan online

tarikh:8/8/2010

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment