Kafa jawab dakwaan komplot jatuhkan Sathia
Oleh Adnan Mohamad
Kita tak amal budaya pecat atau 'buang orang' sewenang-wenangnya: Annuar
MANA-mana pihak mengidam jawatan ketua jurulatih Kelantan yang ketika ini disandang B Sathianathan, boleh melupakan impian itu.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, menegaskan pihaknya tidak mengamalkan budaya pecat atau ‘buang orang’ sewenang-wenangnya, apa lagi setakat ini Sathia sudah membawa Kelantan berada pada landasan tepat.
“Walaupun ada sesetengah pasukan mengamalkan budaya itu, namun Kelantan tidak akan mengamalnya kerana menganggap bola sepak adalah permainan berpasukan dan bukan sukan individu.
“Kafa tidak akan sesekali memberi reaksi atau melatah hanya kerana suara sumbang kerana itu sebenarnya adalah kerja pihak yang tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak. Kami akan membuat penilaian sendiri.
“Bagi saya, pencapaian Kelantan kini lebih baik berbanding dahulu kerana jika dulu kita kalah di tempat sendiri kepada lawan tetapi kini sudah mampu mengalahkan mereka dengan jaringan memuaskan,” katanya mengulas dakwaan wujud komplot menjatuhkan Sathia berikutan prestasi hambar dipamerkan The Red Warriors.
sumber :berita harian online
tarikh:01/02/2010
Currently have 0 comments: