Aquasprite Theme Demo

30 pasukan bakal sertai Karnival Bola Sepak 9 Sebelah

Monday, February 8, 2010 , Posted by apih05 at 5:11 PM

KOTA BHARU - Sebanyak 30 pasukan bakal beraksi pada Karnival Bola Sepak 9 Sebelah yang akan diadakan 13 dan 14 Februari di Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini.

Penyelaras pertandingan, Azman Jaafar, berkata, pertandingan tersebut memerlukan 32 pasukan keseluruhan dan sekarang ini hanya dua pasukan lagi diperlukan bagi menjayakan perlawanan yang diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Penyertaan ini kebanyakan daripada kelab pasukan bola sepak veteran, satu pasukan dari Terengganu dan Johor.

“Bagi pasukan yang sudah berdaftar dan ada yang berminat, pihak penganjur mengalu-alukan supaya mereka hadir pada 10 Februari ini pada jam 4 petang di Kompleks USM,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, karnival berkenaan yang diadakan bagi mengeratkan hubungan pemain tersebut membolehkan pasukan menyertainya dengan menawarkan hadiah menarik termasuk hadiah pertama RM3,000 dan piala, manakala bagi hadiah kedua menawarkan hadiah RM1,500 dan hadiah bagi tempat ketiga dan keempat RM500 (masuk separuh akhir).

“Bagi peserta yang layak menyertai sehingga masuk ke suku akhir dan mendapat tempat kelima dan kelapan pula akan mendapat RM150 satu pasukan.

“Kejohanan bola sepak 9 sebelah ini juga terbuka kepada seluruh pemain di Kelantan dan dibuka kepada umum di seluruh Malaysia,” katanya.

Karnival anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Sosial (KSKS) universiti memerlukan 13 pemain bagi satu pasukan dan mereka yang berminat dikenakan yuran RM300.

Katanya, karnival tersebut bukan sahaja turut memberi promosi gaya hidup sihat, malahan merapatkan jurang pemain yang mewakili daerah dan negeri masing-masing.

sumber:sinar harian
tarikh:09/02/2010

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment