Aquasprite Theme Demo

Pasukan bola sepak veteran ditubuhkan

Wednesday, February 10, 2010 , Posted by apih05 at 12:34 AM



PENGKALAN KUBOR - Pasukan bola sepak veteran pejabat penyelia DUN Pengkalan Kubor ditubuhkan bagi mengimbangi rohani dan jasmani dan menggalakkan golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor aktif bersukan.

Pasukan bola sepak veteran ini yang diketuai oleh Penyelia DUN Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim itu sendiri buat :pertama kalinya menunjukkan kehebatannya apabila berjaya mengalahkan pasukan bola sepak veteran Padang Tebu pada perlawanan persahabatan minggu lalu.

Perlawanan persahabatan bersama pasukan veteran padang tebu kemenangan berpihak kepada pasukan bola sepak veteran Pejabat Penyelia DUN Pengkalan Kubor dengan jaringan gol 5-2.

Dua jaringan gol tersebut disumbat oleh Imam Masjid As-Somadi, Muhammad Deraman yang baru menyertai pasukan bola sepak veteran ini bulan lalu.

Wan Rosdi berkata, tertubuhnya pasukan bola sepak veteran ini dengan matlamat mengerakkan golongan belia aktif bersukan di setiap kampung di DUN Pengkalan Kubor ini.

“Perlawanan persahabatan dijangka akan diadakan secara berterusan apabila pasukan bola sepak pejabat DUN Pengkalan Kubor akan turun ke setiap kampung untuk adakan perlawanan ini.

“Walau pun pasukan ini terdiri daripada golongan veteran, kehebatan mereka dalam bola sepak tidak dapat dipertikaikan dan bersedia untuk berlawan dengan pasukan belia dan dengan jabatan nanti,” katanya.

Menurutnya, selain daripada memenuhi tuntutan rohani dan jasmani, melalui aktiviti sihat ini dapat mengeratkan silaturahim antara pemimpin DUN dan penduduk di sini,” katanya:.

sumber:sinar harian
tarikh:10/02/2010

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment