Aquasprite Theme Demo

Kafa minta stadium kurangkan kadar levi

Tuesday, March 9, 2010 , Posted by apih05 at 5:55 PM




PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) meminta Perbadanan Stadium Sultan Muhamad IV mengurangkan kadar levi yang dikenakan terhadap persatuan itu.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, kadar levi dikenakan agak tinggi iaitu sehingga 20 peratus daripada jumlah kutipan tiket bagi setiap perlawanan.


“Setiap kali perlawanan, Kafa perlu membayar levi terus kepada perbadanan stadium iaitu antara RM20,000 hingga RM30,000, manakala 10 peratus lagi perlu dibayar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya kepada pemberita, semalam.


Annuar berkata setiap kali perlawanan, Kafa terpaksa membelanjakan kira-kira 60 peratus daripada hasil kutipan tiket manakala hanya 40 peratus untuk kegunaan persatuan.


“Jumlah 40 peratus itu tidak mencukupi untuk kami kerana terpaksa membayar gaji pemain. Jika situasi ini berterusan tidak mustahil Kafa akan berkubur.


“Jika dibandingkan negeri lain, mereka memberi sewa padang kepada persatuan bola sepak negeri masing-masing dengan kadar lebih murah, malah ada yang beri secara percuma semata-mata untuk membantu pasukan bola sepak negeri,” katanya.

sumber:hmetro

tarikh:10/03/2010

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment