Pemain Red Warriors perlu lebih bersemangat waja
Sunday, March 7, 2010
, Posted by apih05 at 7:30 PM
Ridzuwan Ramly, 32, pasukan Red Warriors perlu lebih mempertingkatkan usaha bagi menepis segala tanggapan negatif dan dapat memberikan harapan baru kepada penyokong dan peminat setia pasukan ini bahawa mereka mampu mempamerkan perlawanan yang lebih baik.
“Pemain-pemain pasukan dibarisi oleh golongan terpilih dan boleh dikatakan handal di padang, mungkin faktor tekanan membuatkan pasukan ini mempamerkan aksi yang hambar di padang.
“Apa pun saya tetap menyokong pasukan Red Warriors dan mengharapkan pasukan ini dapat mempamerkan aksi yang lebih hebat pada perlawanan akan datang,” katanya.
Sementara itu, Azrol Abdul Aziz, 32, berkata, sebagai salah seorang penyokong pasukan terbabit, permainan yang dipamerkan tidaklah menghampakan namun barisan pertahanan perlu lebih berhati-hati.
“Ini perlu diawasi kerana pasukan ini sering memberi peluang kepada pihak lawan untuk mendapatkan mata melalui jaringan gol.
“Pemain-pemain pasukan ini bukannya lemah, malah berpotensi besar cuma jurulatih perlu lebih peka dan memberikan latihan terbaik buat pasukan ini agar corak permainan menjadi lebih teratur dan tidak mampu dipatahkan oleh serangan pihak lawan," katanya.
sumber:sinar harian online
tarikh:08/03/2010
Currently have 0 comments: