Selangor kekal di persada
Saturday, July 10, 2010
, Posted by apih05 at 8:16 PM
Oleh Hamid Salleh dan Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my
PEMAIN Terengganu, Mohd Ashaari Shamsudin (tengah) cuba melepasi tiga pemain Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi. Terengganu menang 5-0. - Gambar Azmaidi Abidin
SELANGOR lulus ujian terbesar mereka musim ini apabila seri 1-1 dengan pencabar terdekat Kelantan untuk kekal sebagai pendahulu Liga Super dalam perlawanan menarik di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Selangor, bagaimanapun, gagal menggunakan kelebihan itu untuk menguasai permainan sebaliknya membenarkan The Red Warriors menyamakan kedudukan melalui kaptennya Indra Putra Mahyuddin, sembilan minit selepas itu apabila menyambung hantaran lintang, Nor Farhan Muhammad dengan tandukan melepasi jangkauan Mohd Hamsani Ahmad.
Gergasi Merah kini kekal lima mata di atas Kelantan dengan Terengganu mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga apabila membelasah Pahang, 5-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor FC kekal di tangga keempat liga selepas membelasah pasukan tercorot, Pulau Pinang 5-0 sesudah pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd Failee Ghazali dibuang padang
sumber:berita harian
tarikh:11/07/2010
Currently have 0 comments: