Aquasprite Theme Demo

AWANG GEDEBE

Wednesday, May 13, 2009 , Posted by apih05 at 1:11 AM

AWANG GEDEBE

Awang gedebe
Budak cengal batu
Tubuhnya cengal kepalanya batu
Jajat kampong pagi petang
Semutar batik lepas panjang
Kalau pun tidak berkelewang
Parang mesti ada di pinggang
Tegur siapa saja
Tidak kira tua atau muda

Awang gedebe
Budak pandai belaka
Pandai menukang rumah
Pandai menukang besi
Rajin kerja tidak malu ambil upah
Rukah nyior tinggi
Kutip sekerap getah
Bila musim buah masuk dusun
Angkut durian
Bila musim padi ,turun ke baruh
Geger dengan orang kampung

Awang gedebe
Budak boleh belaka
Pernah kolek ayam belaga
Tau,katanya payah masuk syurga
Handalan lawan sepak raga
Hebat bertewas wau,gasing
Kertok rebana tiada tanding
Main congkak tidak elat
Minat hidustan berdikir barat
Suka tengok mak yong wayang kulit
Tapi lesen dah kena tarik balik
Masih kekal pendekar silat
Cuma peragainya pantang silap
Lebihnya bila megaji
Suara sedap memikat hati
Masuk ke surau jadi bilal
Bila disuruh jadi imam

Awang gedebe
Jadi sohor serata negeri
Menetap di kota selepas universiti
Dapat bini pun mek sebati
Cakna hati suka berbudi
Setiap menjenguk ke desa bakti
Awang gedebe masih serupa mula
Pandai dan boleh belaka

A.AZIZ DERAMAN
Pasir puteh kelantan
25.10.1998

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment