NS, Kelantan ke final
Saturday, October 23, 2010
, Posted by apih05 at 6:15 PM
2010/10/24
NEGERI Sembilan dan Kelantan mengulangi aksi final Piala Malaysia musim lalu, apabila memenangi perlawanan separuh akhir kedua masing-masing, malam tadi.
Di Stadium Sultan Mohd IV, penjaga gol Helmi Eliza Elias yang bertindak cemerlang sepanjang permainan di Stadium Darulaman Rabu lalu dan 79 minit aksi malam tadi, akhirnya tertewas apabila tertumbuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-79.
Helmi Eliza cuba menangkap sepakan sudut lencong Norshahrul Idlan Talaha tetapi bola terlepas dan melepasi garisan gol untuk menghadiahkan kemenangan dengan jaringan tunggal untuk Kelantan.
Kehilangan jurulatih B Sathianathan kerana hukuman penggantungan enam bulan yang bermula semalam, tidak melemahkan semangat barisan Red Warriors yang mendapat sokongan lebih 20,000 peminat setia.
Namun deretan cubaan berbahaya Kelantan yang diterajui Indra Putra Mahayudin dan Norshahrul Idlan sepanjang babak pertama, gagal menembusi benteng Hijau Kuning, hinggalah kesilapan Helmi Eliza, 11 minit sebelum tamat, memberikan tiket final buat kali kedua berturut-turut untuk Kelantan.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Currently have 0 comments: