Terubat luka Sathia
Saturday, October 23, 2010
, Posted by apih05 at 6:16 PM
Oleh Norliza Wasilan
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/24
Red Warriors ceria hari suram jurulatih digantungKEKECEWAAN kehilangan jurulatih, B Sathianathan akibat penggantungan enam bulan, terubat dengan jaringan terus dari sepakan sudut Norshahrul Idlan Talaha membawa Kelantan ke final Piala Malaysia kedua berturut-turut menerusi kejayaan 1-0 ke atas Kedah di separuh akhir kedua di Stadium Sutan Mohd IV semalam.
Ketiadaannya begitu dirasai ketika menjalani penggantungan perlawanan pertama ekoran kad merah pada suku akhir menentang Selangor, tidak bernasib baik apabila rembatan kaki kirinya terkena palang dan seterusnya bergolek ke luar selepas terkena belakang penjaga gol, Helmi Eliza.
Norshahrul menjadi duri dalam daging pelawat sekali lagi pada minit ke-12 apabila hantaran lintangnya dari kanan, gagal disambut di depan pintu gol.
Kelantan di bawah kendalian penolong jurulatih, Hashim Mustapha, terus mengancam dan Helmi Eliza terpaksa menyelamatkan pasukannya apabila menepis keluar sepakan percuma dari tengah, Indra Putra Mahayuddin sembilan minit sebelum tamat babak pertama.
Dengan asakan banyak tertumpu ke kubu Kedah, Baddrol Bakhtiar meredakan ketegangan seketika apabila menguji penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dengan sepakan percuma, namun penjaga gol ketiga kebangsaan itu tidak berdepan kesukaran menepis keluar pada minit ke-68.
Kedah yang menyimpan harapan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan, akhirnya tersentak kerana kesilapan Helmi Eliza yang gagal mengagak sepakan penjuru lencong Norshahrul.
Currently have 0 comments: