Kafa lancar barangan ‘Warriors’
Saturday, February 6, 2010
, Posted by apih05 at 6:54 PM
Pengerusi Jawatankuasa Merchandise dan Outlet, Azlan Mohd Yusoff berkata, barangan jenama pasukan berkenaan dibuat sebagai alternatif kepada peminat pasukan bagi memeriahkan arena bola sepak di negeri ini.
“Peminat dan penyokong pasukan The Red Warriors boleh mendapatkan pelbagai produk yang ditawarkan sempena pelanca-ran yang diadakan pada hari ini (semalam).
“Pelbagai jenis produk yang ditawarkan termasuk jersi, kemeja T, topi, beg sandang, beg kasut serta beg galas dan kesemua produk ini ditawarkan pada harga yang amat berpatutan,” katanya kepada Sinar Harian semasa Majlis Beramah Mesra Pemain dengan Penyokong, di Mini Stadium Ketereh di sini, semalam.
Penyokong yang mendapatkan barangan jenama pasukan itu berharga serendah RM3 untuk pemegang kunci dan lebih menarik ia mempunyai 70 barangan dengan harga berpatutan.
Beliau berkata, peminat yang ingin mendapatkan produk berjenama tersebut juga boleh mendapatkannya di beberapa buah outlet di Kelantan juga seluruh negara.
Azlan yakin semua barangan dan pakaian� rasmi keluaran persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berjenama ‘Warriors’ memang digemari dan mengikut cita rasa penyokong.
Selain itu katanya, aktiviti yang berlangsung pada jam 3 petang semalam turut dimeriahkan dengan pelancaran Kelab Penyokong Ketereh dan juga perlawanan pertunjukan pasukan The Red Warriors.
Beliau berharap orang ramai terutama penyokong pasukan The Red Warriors tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan jenama pasukan yang dikeluarkan mengikut kehendak penyokong.
SUMBER: sinar harian online
TARIKH:07/02/2010
Currently have 0 comments: