Soccer Station kumpul peminat bola sepak
Saturday, February 6, 2010
, Posted by apih05 at 6:56 PM
Pengarah Urusan Soccer Station, Juhar Omar berkata, peminat bola sepak dialu-alukan mengunjungi premis berkenaan bagi mengeratkan hubungan sesama mereka.
“Dengan adanya pusat yang berkonsepkan sukan bola sepak yang rata-rata diminati oleh semua golongan terutama lelaki, mereka boleh berkumpul dan berkongsi idea mengenai sukan yang diminati.
“Selain itu, Soccer Station turut menyediakan skrin besar televisyen yang menjadi tumpuan terutama apabila adanya perlawanan bola sepak secara langsung,” katanya kepada Si-nar Harian, semalam.
Beliau berkata, premis tersebut juga bukan hanya bertumpu kepada bola sepak sahaja, tetapi menyediakan menu ma-sakan istimewa dari Arab terutama kebab asli.
“Pengunjung yang singgah di sini juga boleh menyertai kursus motivasi, usahawan, warga emas, remaja dan kami menyediakan kursus mengenai riadah dan sukan,” katanya.
Premis tersebut, menurutnya, turut menjadi persinggahan pemain bola sepak pasukan Kelantan, The Red Warriors dan peminat bertuah boleh menemui pemain-pemain secara langsung di situ.
Juhar berkata, kesediaan pemain pasukan Kelantan mengunjungi premis itu amat dihargai, selain Soccer Station memberi sokongan padu terhadap kesungguhan pemain pada musim ini.
Katanya, lebih menarik, pengunjung yang hadir juga terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menerima diskaun lima peratus, selain turut menikmati perkhidmatan Wi-Fi percuma bagi melayari internet.
SUMBER:SINAR HARIAN
TARIKH:07/02/2010
Currently have 0 comments: