Annuar sedia jadi jambatan
Wednesday, July 21, 2010
, Posted by apih05 at 5:49 PM
“Sekiranya saya diberi kepercayaan, inilah antara perkara yang dapat saya lakukan, dan akan saya beri keutamaan,” katanya yang menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden pada Kongres FAM Ke-47 akhir bulan ini.
Katanya, para pemimpin badan gabungan mempunyai banyak idea tetapi jarang berkesempatan untuk membincangkan dengan kepimpinan tertinggi memandangkan kepadatan jadual dan masa Presiden.
“Saya percaya antara sekian banyak idea dari pemimpin-pemimpin negeri pasti ada satu atau dua yang betul-betul boleh diberi perhatian menerusi perbincangan dengan kepimpinan pusat.
“Matlamat kita ialah merealisasikan idea-idea bernas yang akhirnya dapat meningkatkan pembangunan bola sepak negara di masa hadapan, kita boleh mulakan dari sekarang,” katanya.
Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkata, beliau menawarkan diri bertanding bukan untuk kedudukan, sebaliknya untuk sama-sama memberi buah fikiran dalam berbagai aspek.
“Saya mempunyai hubungan baik dengan Presiden, mungkin saya dapat membantu Presiden dengan memberikan pandangan secara terbuka,” katanya dalam pertemuan dengan Sinar di sini, semalam.
Menurut Annuar, Malaysia dengan segala kemudahan sukan yang ada memang amat berpotensi untuk meningkatkan prestasi bola sepak negara ke tahap dunia, “asalkan kita sanggup bekerja keras tanpa henti-henti.”
Annuar adalah antara enam calon Timbalan Presiden bagi penggal 2010-2015 yang dijangka berentap pada 31 Julai ini.
Calon-calon lain ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Datuk Seri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad, Datuk Che Mat Jusoh, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.
sumber:sinar harian
tarikh22july2010
Currently have 0 comments: