Selangor hampiri juara
Wednesday, July 28, 2010
, Posted by apih05 at 10:59 PM
Oleh Khairul Anuar Samad, Azizan Hashim, Bashah Zainol Abidin dan Rizar Mat Nor
SELANGOR kini hanya selangkah daripada menjulang trofi Liga Super selepas mencatat kemenangan penting 2-1 ke atas T-Team sambil Kelantan terus menghambat pendahulu dengan kemenangan di laman sendiri selepas membelasah KL Plus 4-1, malam tadi.Berbaki dua perlawanan, Red Giant terus mengekalkan kelebihan lima mata di puncak liga dengan sekadar mengharap keputusan seri dalam perlawanan berikut ketika pencabar terdekat mereka bergelar Red Warriors memerlukan tiga mata untuk terus bersaing.
Di Stadium Sultan Mohd IV, Kelantan yang mengharapkan kemenangan berjaya menghasilkan gol hasil jaringan Azizi Mat Ros (m-15), Indra Putra Mahayuddin (m-56), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-62), dan Mohd Nor Farhan Muhd (m-86) manakala gol tunggal KL Plus hasil jaringan Rusdyee Samsudin (m-67).
Di Stadium Perak, tuan rumah yang mengharapkan kemenangan untuk terus kekal dalam saingan Liga Super semakin terdesak apabila tewas 0-1 ke atas Kuala Lumpur hasil jaringan tunggal See Kok Luen pada minit ke-36 manakala di Stadium Darulaman, Kedah mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pahang.
Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, pertemuan adik beradik, Johor dan Johor FC berkesudahan Johor FC menang besar 5-0 manakala di Stadium Batu Kawan, Negeri Sembilan mengatasi tuan rumah, Pulau Pinang 3-0
tarikh:29/07/2010
sumber:berita harian
Currently have 0 comments: